Tabung Kebajikan Anggota KOGUNA (TKAK)
Tabung kebajikan Anggota KOGUNA adalah satu tabung yang bertujuan secara dasarnya adalah untuk mengurangkan beban Anggota, waris dan Penjamin jika berlaku musibah kematian. Jika berlaku kematian Anggota, dimana jika anggota masih mempunyai hutang pembiayaan di KOGUNA segala hutang di tolak terlebih dahulu dan sekiranya terdapat lebihan daripada manfaat itu maka akan diberikan kepada waris. Janis kabajikan yang layak dituntut adalah seperti berikut:
Jenis Kebajikan | Jumlah (RM) |
---|---|
Kematian Anggota akibat kemalangan | 25,000.00 |
Kematian Anggota | 20,000.00 |
Sumbangan Pengebumian Anggota | 2,000.00 |
Kematian Pasangan | 2,000.00 |
Kematian Anak / Tanggungan sehingga 4 Orang | 1,500.00 |
Kematian Ibu / Bapa Kandung | 500.00 |
Kelayakan Tuntutan
Bagi melayakkan Anggota atau waris mendapatkan bantuan Tabung Kebajikan ini hendaklah mematuhi beberapa perkara iaitu:-
- Anggota hendaklah mencarum sebanyak RM 10.00 sebulan.
- Anggota dan kakitangan Koperasi yang berhenti atau terhenti mencarum RM 10.00 selama 3 bulan berturut-turut akan hilang kelayakan.
Pembayaran Sumbangan
Sumbangan Tabung Kebajikan akan dibayar setiap bulan oleh Anggota pada setiap bulan. Anggota akan menyumbang sebanyak 40% dari sumbangan bulanannya sebagai pelaburan dan bersetuju menderma 60% dari sumbangan tersebut sebagai Tabarru’(sebahagian sumbangan / derma daripada setiap anggota untuk menolong anggota lainnya dalam menghadapi musibah) bagi tujuan perpaduan, keikhwanan dan kerjasama sesama anggota tertakluk kepada peruntukan dan syarat yang dijelaskan di dalam ini.
Sila Klik Muat Turun Borang